Sunday, 20 November 2011 | 05:01 | 0 vanilla(s)
Diam. Terlalu lama dalam keadaan hibernasi. Jujurnya banyak ingin dikongsi rasa tapi kelu untuk memulakan bicara. Seperti baru terjaga dalam sedar tapi seakan terlena.
Hidup adalah persepsi masing-masing. Yang pada perjalanannya adalah melalui jalan-jalan yang dipilih sendiri. Jalan-jalan yang penghujung berbeza noktahnya. Kalau kamu memandang jalan itu yang terbaik, tapi mungkin itu pilihan terburuk pada dia.
Beberapa ketika tidak lama selepas musim gembira raya, Aku belajar sesuatu dari sebuah lampu ‘downlight;. Pada ketika ia nampak cantik terang menerangi, gah cahaya kemilau bersama lampu-lampu yang lain. Dan ada pada posisinya, lampu itu nampak begitu menyerlah dari yang lain. Itu pada ketika itu. Tapi bila ketikanya lampu itu mula meragam, terkelip-kelip seperti tercungap-cungap mengeluarkan cahayanya, nampak hodoh dan menjelikkan walau dilihat dari sudut mana pun. Menjengkelkan walaupun ia adalah dari jenis yang ‘stylish’ sekalipun.
Maka itulah asal dan akhirnya realiti diri kita walau tidak terpakai pada semua, bergantung pada jenis ‘lampu’ yang kamu bawa dalam perjalanan hidup.
‘Lampu’ yang baik bukan hanya menerangi secara hakiki, tapi cahaya yang menyenangkan pandangan, sirna yang meredupkan jauh kesannya ke dalam lubuk hati pemilik ‘lampu’ itu. Walau fungsinya tiada lagi, tapi sayang pemiliknya tetap utuh. Digilap, dibersihkan kerana jasa sinarnya tidak akan sama dengan yang baru. Mahal, moderen, dan ‘stylish’ tidak semestinya baik dan mampu menambat hati semua pihak. ‘Lampu’ yang baik itu punya aura sinar tersendiri yang tidak dapat dicari keikhlasan memancar sinarnya….




